Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Tabung Bantuan Abang Mualaf Rider Food Panda (TUTUP)

"Suami buat dua kerja pagi dan malam..dari 9 pagi sampai 12 malam..Punca start tunggakan bil semua selepas bencana covid 19. Suami kehilangan kerja pagi . Buat kerja part time pulak dari gaji sehari rm60 turun ke rm40 sehari...dengan gaji tu lah kami rolling semampu boleh dengan sewa rumah, makan minum, susu anak , barangan keperluan anak.."

Berasal dari Seremban Negeri Sembilan, menurut Puan Nur Baizur isteri kepada Encik Muhammad Kisore , kehidupan mereka sebelum ini agak selesa, sebab itu jika ada yang datang ziarah ketika ini, pasti berprasangka mereka bukan golongan orang susah.. beliau tidak boleh nak salahkn orang yang berkata begitu. Orang hanya melihat secara luaran.

Encik Muhammad Kisore memeluk Islam pada tahun 2011 dan mereka bernikah pada tahun 2013 . Sudah 9 tahun usia perkahwinan dan bersyukur secara perlahan beliau dan suami mampu menyewa rumah yang selesa untuk mereka sekeluarga.  Alhamdullilah.

Pada tahun 2019 mereka dikurniakan cahayamata pertama penyeri keluarga. Anak pertama mereka alhamdullillah sihat cuma bermasalah allergic susu, cuaca , udara, habuk dan produk mandian. Jika susu tidak sesuai , perut bayi nya kembung serta tidak boleh buang air besar. Bayi akan meragam 24jam dan perlu ke klinik. Oleh kerana kerap berulang masalah yang sama, doktor menasihatkan agar bertukar susu yang berkualiti dan pastinya mahal tapi untuk kebaikkan kesihatan anak, mereka akur. 


Tanggal May 2021 lahir seorang lagi putera mereka yang dinanti nanti. Hazmyshah nama diberi. NAMUN keputusan darah mengesahkan bayi comel ini bayi istimewa mengalami Sindrom Down Trisomy 21. Hati ibu ayah mana tidak luluh,  melihat bayi kecil berulangkali menjalani pemeriksaan jantung, otak, scan yang tidak berhenti. 


Kesempitan hidup makin mula menekan apabila suami ditimpa kemalangan jalanraya pada February 2022. Pada permulaan kesusahan bermula dari bencana covid 19 suami kehilangan pekerjaan, bertambah parah selepas kemalangan. Semakin hari mereka cuma nampak jalan buntu . Segala usaha dicuba sebaik mungkin tapi masalah tetap datang bertimpa timpa tanpa diduga.  Memang jalan buntu membawa rasa putus asa untuk meneruskan kehidupan.


Masalah kewangan hanya membuatkan mereka suami isteri sering bermasam muka.Tunggakan bil elektrik sudah tinggi. "Kedua anak masih kecil, perlu penjagaan khusus kerana masalah kesihatan terutama anak istimewa Down Sindrom saya perlu minum air filter"

Kakak Puan Baizur sering juga menghulur bantuan, manakala ibu bapa sudah berusia lanjut. Keluarga suami pula bermasam muka dan kakak suami tidak mengaku mereka keluarga lagi.

Sejujurnya beliau tidak tahu kemana lagi untuk memohon bantuan apatah lagi rasa malu pada orang sekeliling, kerana ramai lagi yang lebih susah. Tapi keadaan memaksa. Ketika ini beliau sangat perlukan sokongan , kekuatan & bantuan kewangan untuk masalah yang sedang menghimpit kewangan mereka sekeluarga. Suami masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kemalangan. Puan Baizur mengakui beliau mengalami depresi yang kadangkala tidak boleh dikawal. Hanya airmata sebagai ganti suara.


Kami BERDOA semoga ada yang bersama sama sudi membantu menghulurkan bantuan. Hanya ALLAH sahaja yang membalas segala kebaikkan dan kemurahan hati anda semua.  Aameeen.