
"Mereka sindir perli saya macam macam, kak. Saya bersabar sebab tiada tempat saya nak pergi. Arwah mak dah pesan banyak kali minta mereka tolong tengok tengok kan makan minum & kesihatan saya, TAPI mereka halau saya. Ipar benci sangat dengan saya. Sekarang saya terumbang ambing kesana kemari mengikut kemana mereka halau. Tolong lah saya kak, Tolong saya. Saya nak sihat dan boleh bekerja macam dulu balik. Saya sengsara menumpang sana sini."
Abdullah Omar 41 tahun dari Pasir Mas Kelantan diserang Parkinson sejak 2 tahun lalu secara tiba tiba. Berpunca dari gangguan di paru paru sehingga lah beliau mula rasa mengeletar dan gegaran yang semakin hari semakin kuat sehingga menjejas pergerakkan beliau. KIni pertuturan beliau juga mula tidak lancar. Anggota badan juga sudah mula tidak bertindakbalas.
Menurut Abdullah pekerjaan beliau sebagai welder / pengimpal besi sewaktu sihat dulu telah memudaratkan kesihatan nya kini.
Asap hitam kotor dari kimpalan besi besi itu sedikit demi sedikit , hari demi hari rupanya menjejaskan kesihatan paru paru secara senyap. Kata Abdullah, memang ramai pengimpal meremehkan pemakaian penutup muka & mata keselematan, Menjadi kebiasaan mereka kerap mengimpal besi tanpa penutup muka dan penutup mata. Hasilnya, paru paru serta saraf rosak di masa mendatang.
Kini beliau hanya mampu bergantung pada ubatan hospital untuk reda kan gegaran dan kaki yang tidak berhenti mengeletar. Pelbagai urutan & rawatan alternatif juga diikhtiar, namun sehingga kini masih belum menampakkan perubahan selain beliau semakin berputus asa untuk menghadapi perjalanan ujian ini.
Untuk melansungkan kehidupan seharian, beliau cuba mencari kerja sampingan sebagai buruh binaan, membantu kawan kawan berniaga. Kalau sebelum ni beliau masih mampu bekerja untuk 4 jam bertahan selepas mengambil ubat, NAMUN kini keadaan kesihatan semakin tidak mengizinkan beliau berdiri lama. Kaki akan mula mengeletar dan tangan terlipat tidak boleh bergerak. Apalagi mampu beliau lakukan selain menangis seorang diri. Sering beliau hubungi kami dalam keadaan yang sangat sebak minta kami bantu bawa beliau pergi untuk kehidupan yang labih terurus.
Menurut Abdullah, pemergian Ibu disaat beliau sangat memerlukan, menambah lagi kesakitan yang ditanggung. Tiada lagi tempat menumpang kasih, mengadu kesedihan. Beliau rindu ! Hubungan dengan ibu terlalu rapat, kerana selama hayat ibu , Abdullah yang memantau dan menjaga kebajikan kesihatan ibu,
Sejak kebelangan ni semakin kerap Abdullah mohon bantuan kami agar menghantar beliau ke Pusat Jagaan Kebajikan Masyarakat memandang keadaan beliau yang semakin tidak mampu mengurus diri serta tiada makanan selain maggi pagi dan malam.
Malangnya tiada Pusat Jagaan yang kosong untuk masalah penyakit beliau kecuali Pusat Jagaan Persendirian yang memerlukan KOS yang tinggi.
Beliau memohon ehsan Masyarakat Prihatin agar sudi membantu meringan kan bebanan kewangan serta sokongan semangat buat meneruskan kehidupan .
# Bantuan JKM sebanyak RM 350 sebulan sememangnya tidak mencukupi .
Perbelanjaan keperluan diri, nafkah anak, kenderaan ke hospital serta ubatan saja sudah tidak mencukupi. Apalagi KOS sewa bilik di rumah adik beradik sedirii yang sudah melebihi dari bantuan bulanan yang diterima. Makanan beliau harus membeli sendiri dan maggi atau mi segera adalah pilihan Abdullah pagi dan petang.
Pernah kami bertanya kenapa asyik makan maggi? Jawab beliau, "Murah. 65 sen saja sepeket . Kalau Nasi berlauk, RM 5. Tak cukup duit". ALLAHUMMA anta RABBI ! LAA ILAHA ILA ANTA!
Kisah Abdullah mengingatkan saya pada sebuah Hadis riwayat Al-Bukhari ;
[Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
Kami mendoakan Syurga Firdaus buat anda yang bersama memberi makan pada mereka yang lapar
Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani memberikan khutbah paling pendek. Beliau naik mimbar dan berkata: