
Bimillah.
Jumaat Penghulu Segala Hari. Ada yang sudi Infaq?
Bahawa sedekah di hari jumaat memiliki keistimewaan khusus dibandingkan hari yang lain. Sedekah di hari jumaat, dibandingkan dengan sedekah di hari yang lain, seperti perbandingan antara sedekah di bulan ramadhan dengan sedekah di selain ramadhan.
Saya pernah melihat Syaikhul Islam – rahimahullah – apabila beliau berangkat ke solat jumaat, beliau membawa apa yang ada di rumah, baik roti atau yang lainnya, dan beliau sedekahkan kepada orang di jalan diam-diam. Saya pernah mendengar beliau mengatakan,
“Apabila ALLAH memerintahkan kita untuk bersedekah sebelum menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka bersedekah sebelum menghadap Allah lebih afdhal dan lebih besar keutamaannya.” (Zadul Ma’ad, 1/407).
------------------------------------------------------------------------
TABUNG MUHAMMAD ANAQI
BISMILLAH,
TABUNG MUHAMMAD ANAQI
Bayi berusia 4 bulan, Muhammad Azri Anaqi bin Abdullah dilahirkan pada 3 Mac 2021 di Kudat Sabah dalam kondisi pramatang ketika usia 8 bulan dalam kandungan ibunya.
Bayi comel pramatang yang masih terlalu kecil ini sekali lagi terpaksa menjalani ujian awal kehidupan, yakni menderita masalah HERNIA atau ANGIN PASANG dibahagian alat sulitnya.

Menurut doktor pakar yang merawat , hernia itu telah menyebabkan usus bayi kecil ini membengkak tersumbat & memudaratkan kesihatan Anaqi. Dengan itu pihak hospital mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan membuang angin pasang tersebut pada Jun 2021 yang baru berlalu.
Kini kesihatan Muhammad Anaqi mula stabil & perlu buat rawatan susulan setiap bulan, namun kesempitan hidup ibu bapa nya telah menghalang bayi tersebut dari terus mendapat rawatan yang sepatutnya.
Menurut Puan Janisah ibu kepada bayi Anaqi, mereka hanya orang kampung yang serba kekurangan, suami beliau seorang nelayan kecil sepenuh masa, musibah Covid 19 telah membatas aktiviti kelaut mencari nafkah perbelanjaan dapur juga perbelanjaan rawatan ke hospital bayi kecil mereka.

Kami SM PESONA VENTURES, Social Enterprise Malaysia berdaftar, memohon agar ada yang sudi menghulurkan bantuan meringankan bebanan yang ditanggung bayi kecil comel bernama Muhammad Anaqi Abdullah.
Menurut Puan Janisah, Jumlah yang diperlukan ialah sebanyak RM 2500.
SUMBANGAN boleh melalui SM PESONA VENTURES
MAYBANK : 564 838 412 770
Semoga ALLAH membalas segala kebaikkan anda. Melipat ganda kan rezeki anda. Mengurniakan Kebahagian & Kedamaian yang berpanjangan & terpelihara Kesihatan dari segala penyakit .
Harapan ibu bayi ini , Puan Janisah , agar ada yang sudi hulurkan sumbangan meringan kan bebanan yang ditanggung .
Inshaa-ALLAH.