Bismillahir Rahmanir Rahiim
Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Pembangunan Projek Impian OKU - Bismillah.

Tabung Pembangunan Projek Impian OKU - Bismillah.

♿ ♿ ♿ ♿ ♿ ♿

PROJEK IMPIAN OKU - membina & membangunkan Pusat Kretiviti & Latihan Kecermelangan OKU.

Assalaamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kami adalah Social Enterprise Malaysia berdaftar SM PESONA VENTURES 201903143316

Tujuan utama projek mengumpul dana ini adalah untuk  :

  1. Membangun & memperkasakan golongan OKU yakni dengan membantu membina Pusat Kreativiti & Latihan Kecemerlangan OKU
  2. Membangunkan Pondok teduhan OKU, Warga Emas, Ibu Tunggal & golongan sebatang kara terpinggir
  3. Membeli beberapa jumlah unit Mesin Percetakan Braille yang lengkap dari Sweden.

Kepentingan adanya Pusat Kretiviti & Latihan Kecemerlangan OKU  serta Pondok Teduhan ini akan membantu memperkukuhkan golongan ini dengan memberi perlindungan, latihan kemahiran sumber, (source skills) konsultasi, bimbingan kerohanian & latihan pelbagai aspek kemahiran agar mereka menjadi lebih kuat, lebih berdikari dan lebih yakin dalam berdaya saing seiring masyarakat normal yang kurang prihatinkan kehadiran & keperluan mereka terutama golongan OKU ini. 

Sering kita dengar keluhan & masalah golongan OKU terlalu sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam masyarakat normal. Di pusat latihan ini, kami akan membantu melatih mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti kelas latihan membaca braille, mendalami kitab braille, melatih memanah, menunggang kuda, melatih pebagai teknik urutan, akupunktur, refleksologi, terapi holistik, latihan berenang, kraftangan, projek diy dan banyak lagi yang akan dikongsi bersama. Dengan adanya kemahiran sedemikian, akan memberi banyak peluang pekerjaan & mereka akan terdorong untuk meneruskan kehidupan yang lebih bererti . Projek ini juga akan memberi manfaat & inspirasi bukan sahaja kepada golongan OKU tetapi juga kepada golongan miskin atau yang kurang berkemampuan, inshaa-ALLAH.  

Menurut Tuan Zamzuri Ghani , keperluan untuk mempunyai sejumlah unit Pencetak Braille sangat bermakna bagi Pusat Latihan Kretiviti & Kecemerlangan OKU, ini kerana selain ia akan membantu menjana pendapatan melalui percetakan & pembelajaran braille, ia juga sangat berguna untuk melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU dan juga golongan orang biasa. Kerana untuk menghasilkan setiap perincian maklumat, ia perlu dikendalikan oleh orang normal yang mana dalam masa yang sama menawarkan pekerjaan kepada mereka.


Banyak manfaat akan diperolehi, bukan sahaja untuk mencetak dan menghasilkan buku-buku Braille seperti Quran & buku agama, tetapi juga untuk mencetak pelbagai buku sekolah ,buku kemahiran & buku tambahan pembelajaran, terutamanya pembelajaran untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan, pendidikan asas dari awal adalah sangat penting untuk pertumbuhan mereka.  

Selain itu dengan adanya Mesin Cetak Braille ini akan membantu mereka menjana pendapatan melalui percetakan & kelas pembelajaran braille. Ia juga berguna melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU juga golongan normal. Kerana untuk menghasilkan setiap perincian maklumat, ia perlu dikendalikan oleh orang normal.

Sebagai tambahan kepada bencana Covid 19 yang sedang melanda, adalah penting & tanggungjawab kita bersama untuk membimbing golongan OKU didalam bidang digital, e-dagang teknologi terkini & mendorong mereka untuk terus bersaing secara aktif dalam masyarakat normal.

Mudahan dengan izin ALAH TA'ALA, projek ini akan dapat memberi lebih tumpuan kepada teknik pembelajaran khas untuk kanak-kanak OKU yang agak rumit seperti 3 in 1, dilahirkan Buta Pekak & Bisu. Sekiranya mereka datang dari keluarga miskin, keadaan anak-anak istimewa ini sangat tidak dapat dikendalikan dan sering diabaikan. Sering kita melihat berita begitu ramai golongan pelbagai OKU yang terpinggir, tidak dipeduli, hidup tanpa tujuan dan tiada tempat tinggal. Yang paling menyedihkan adalah apabila keluarga mereka sukar menerima kenyataan bahawa anak yang dilahirkan tidak sempurna, cacat kurang upaya. Anak-anak istimewa tersebut dianggap pembawa malang dan membebankan. Sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin, adalah tanggungjawab kita bersama untuk saling menjaga & membantu satu sama lain.


Kami mengalukan kolaborasi Usahawan Usahawan OKU yang telah berjaya dalam bidang profesional mereka, bagi membantu membangunkan Pusat Latihan Kreatif & Kecemerlangan OKU dan bersama melatih membimbing dan memperkasakan golongan OKU. Pusat latihan kecermelangan ini juga dibuka untuk semua golongan 1 Malaysia.

Tuan Zamzuri Ghani , Pengurus OPerasi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia memohon ehsan orang ramai agar sydi bersama menghulur bantuan sumbangan untuk membina Pusat Kretiviti & Latihan Kecermelangan OKU.
Pusat Latihan tersebut kelak Inshaa-ALLAH dibangunkan untuk orang ramai bukan hanya untuk golongan OKU sahaja.
Barakallahu Fikum

Note: 

Pengasas adalah Pesakit GBS 2018 Malaysia mempunyai laporan rekod di SJMC.

"Saya adalah bekas pesakit GBS - GBS Survivor Malaysia 2018 (sindrom Guillain Barre) yang mana dengan izin Yang Maha kuasa, berjaya pulih dalam masa yang singkat. Mendapat rawatan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Subang Jaya Medical Centre dibawah pantauan Doktor Pakar Dr Sherrini Bazir Ahmad, a Consultant Physician and Neurologist . Oleh kerana kos rawatan yang tinggi, saya memohon untuk pulang ke rumah dan cuba merawat diri dengan rawatan alami semulajadi selain juga perlu melaporkan perkembangan dan pemeriksaan setiap minggu di hospital SJMC. Dengan izin Yang Maha ESA lagi Maha Penyembuh, alhamdulillah saya berjaya pulih dan kembali sihat, bergerak aktif seperti biasa. Ianya sangat luar biasa, luar jangkaan kerana saya di jangka akan lumpuh fizikal dan kehilangan suara seumur hidup. Namun ALLAH Maha Penyembuh Maha Pemberi RAHMAT. 


Semoga ujian tersebut memberi dorongan dan inspirasi untuk pihak kami terus membantu mereka yang kurang upaya. InshaaALLAH.

Apa itu GBS? Kerana ianya mungkin berlaku di kalangan keluarga dan tiada siapa yang tahu.
Sindrom GBS adalah sindrom yang jarang didengar dan jarang berlaku di Malaysia. Ianya gangguan sistem ketahanan badan anda menjadi keliru dan menyerang semua saraf anda sendiri. Merasa lemah tiada upaya dan kebas kesemutan di hujung kaki dan tangan, biasanya merupakan gejala pertama. Sensasi kebas tidak bermaya ini dapat merebak dengan sangat cepat, akhirnya melumpuhkan seluruh badan anda. Paling menyedihkan apabila pesakit merasa lapar tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk makan, pesakit tidak tahu cara bercakap dan tidak tahu cara membuang air besar. Dalam erti kata lain, Pesakit perlu kembali dilatih berjalan, menyuap mnakanan seperti anak anak kecil.


Nauzubillahiminzalik.



Barakallahu Fikum