
"Kesakitan semakin bisa tidak tertanggung lagi. Kebelakangan ni kerap sangat darah dan nanah memancut dari kesan cucukan besi di dalam. Kesihatan Isteri yang juga OKU semakin terganggu "
Bismillahirrahmanirahim.
Dilahirkan pada tanggal 18hb Jun 1965 di Kampung Che Wan Kijal.
Che Wan Zawae Bin Che Wan Jusoh dikenali di kampung dengan nama Che Wan Zawawi dan Wanway Kijal. Kematian bapa ketika usia 11 tahun membuat beliau mengambil alih memikul tanggungjawab membantu ibu yang sedang uzur.
Untuk meneruskan kelansungan hidup mereka sekeluarga, beliau bekerja sebagai nelayan, pembantu kedai makan, pengawal keselamatan, pembantu stor di kedai elektrik di bandar Kuantan dan hijrah ke Selangor bekerja di stesen minyak di Subang Jaya, Selangor . Kesusahan di rantauan memaksa beliau kembali ke Kijal dan bekerja di Awana Kijal Resort sebagai Operator Machine sehingga terpaksa berhenti kerja akibat masalah kesihatan pada tahun 2008.
Malang tidak berbau, menjadi OKU ketika berusia 18 tahun, tahun 1982 ketika terjatuh sewaktu bermain bola sepak mengakibatkan patah tulang betis sebelah kanan. Pakar mengesahkan Che Awie mengalami penyakit tulang rapuh . Bertambah malang apabila kesihatan baru mula pulih, beliau ditimpa kemalangan jalan raya pada mengakibatkan patah kedua tulang betis juga tangan kiri yang mengakibatkan kecacatan kekal.
Saya terpaksa ditahan di wad HSNZ hampir sebulan. Melangsungkan perkahwinan ada bulan Mac 2007. Selang beberapa bulan, saya mengalami jangkitan kuman pada bahagian kaki kanan dan pembedahan membuang besi terpaksa dilakukan pada 2007. Sekali lagi kaki kanan saya terpaksa dibedah pada tahun 2008 akibat dihempap dahan pokok Rhu sehingga banyak tulang yang retak. Sedang menunggu pembedahan untuk kali ke-4 dalam tahun yang sama.
Tahun 2020, sekali lagi beliau ditimpa kemalangan. Luahan beliau, Tahun 2021 adalah tahun yang cukup mencabar dalam kehidupan nya sekeluarga. Warung makanan yang telah diusahakan bersama isteri sejak 2014 terpaksa ditutup pada Mac 2020 atas kerana musibah Covid 19 kemudiannya ditambah ujian kecacatan kekal pada kaki nya.
Beliau & isteri yang juga seorang OKU cuba mencari pendapatan dengan membuat kraftangan cement fero seperti pasu bunga Fero. cendawan dan pelbagai lagi bagi menambah pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Pada peringkat awal, usaha kretif mereka menampakkan hasil yang memberansangkan, namun selepas 2 bulan, pendapatan semakin berkurangan dan sebulan hanya lebih kurang RM30 berjaya dijual.
Saya mohon bantuan kewangan untuk meringankan beban kos rawatan dan perubatan yang ditanggung juga untuk membaik pulih warung makan saya yang telah rosak dan sebahagiannya roboh dipukul badai taufan tengkujuh.
Terkini keadaan kesihatan semakin merosot dan keuzuran datang satu demi satu. Kos rawatan & perubatan semakin tinggi, setiap hari perlu mencuci luka kaki yang bernanah dan berdarah akibat tajam besi yang ditanam dulu.
Duit Elaun Pekerja Cacat JKM berjumlah RM450 / bulan serta Elaun bulanan JKM isteri RM 200 / sebulan tidak mengcukupi untuk menampung perbelanjaan makan / minum, bil air & letrik serta kos pembelian ubat-ubatan.
Sebelum kemalangan pdada 2020, Che Awie aktif berlakon drama drama TV bersama artis terkenal tanahair seperti Uqasha Senrose , Kamal Adli dan lain lain .
Hanya ALLAH TA'ALA yang maha mengetahui, membalas syurga Firdaus buat anda semua. Aameen.
Barakallahu Fikum.