Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Pengorbanan Wan Fakhrul buat Ibu pesakit Strok terlantar (TUTUP)
" 10 tahun rutin harian masih sama , mengurus & memandikan mak bermula nya subuh hari hingga mak nyeyak terlena.
Masih saya ingat pada 2011 ketika mak mula mula diserang strok, mak memerlukan bantuan susu khas sebanyak RM3k sebulan , kerana kemiskinan tiada duit tambang bas, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 18 km ulang alik 3 kali ke JKM untuk mohon bantuan , TIADA seorang pun yang sudi tolong atau hulurkan bantuan,
Paling menyedihkan permohonan bantuan untuk mak juga TIDAK diluluskan oleh pihak JKM atas alasan mak belum terlantar 6 bulan." Subhanallah.

Wan Mohd Fakhrul Anwar 36 tahun dari Kg Kubang Bunut Kasa Pasir Mas Kelantan mengambil alih menjaga Ibu yang diserang strok/angin ahmar sejak 11 tahun lalu. Bapa nya telah meniggal akibat serangan jantung pada 2009 dan sejak itu beliau mengambil alih memikul tanggungjawab menjaga & menguruskan ibu serta melupakan cita cita dan hasrat untuk menjadi seorang Guru sekolah.
Keadaan Ibu yang lumpuh keseluruhan bahagian kanan tubuh badan memerlukan 100% perhatian khusus dalam penjagaan tambahan faktor kemiskinan .
Pernah suatu masa saya tidak ada duit, saya terpaksa pakaikan mak plastik sampah buat mengganti lampin. Saya hanya mampu memberi emak makan nasi dengan garam sahaja setiap hari.
Masa mak mula mula kena strok , 3 kali saya berulang alik berjalan kaki dari rumh ke pejabat JKM sejauh 18km untuk mohon bantuan, TAPI tidak diluluskan dengan alasan mak saya belum terlantar 6 bulan.

TETAPI selepas mendapat liputan akhbar Sinar Harian dengan bantuan seorang wartawan, keesokan harinya selepas tersiar kisah kami, terus dilulus kan bantuan JKM untuk mak. Alhamdulillah. CUMA JKM sering TERLUPA masalah mak & kami.
Terbaru, hanya baru tahun lepas mak dapat semula bantuan JKM setelah hampir setahun tidak mendapat bantuan & notis apa apa.
Saya hanya dapat membuat kerja secara sambilan (freelance) disebabkan tanggungjawab menjaga ibu yang hanya boleh ditinggalkan selama 4jam sahaja. "Itu pun dengan bantuan isteri saya. Kami (ibu, saya, isteri dan seorang anak berusia 2tahun ) Isteri yang saya nikahi pada 2019, banyak mengisi kekosongan hidup dan mebantu meringan kan urusan membersih dan mencuci mak . Cahaya mata melengkap kan lagi kebahagiaan setelah bersendirian menguruskan mak selama hampir 10 tahun.”
Menurut Wan Fakhrul serangan strok yang di hadapi ibu nya Puan Ramelah berpunca dari ketumbuhan sebelah otak kiri (seperti dalam gambar dan dokumen)
Masalah kewangan yang semakin menghimpit, kos perbelanjaan perubatan & rawatan Ibu yang semakin tinggi menduga emosi saya sebagai anak. Saya telah berusaha & cuba semampu selagi terdaya, tapi cabaran semakin besar... "
Untuk meneruskan kelansungan hidup kami, saya mengambil upah menjaga page Facebook, membuat video marketing, menulis tugasan dan yang berkaitan. Saya juga mencuba nasib menjual burger bakar tetapi agak perlahan disebabkan kos bahan mentah yang meningkat mendadak. Manakala isteri menjual sabun basuh serta beberapa produk lain secara online untuk meringankan bebanan keluarga.
Malang tak berbau.. Kini saya pula diuji masalah kesihatan yang di luar jangkaan.
"Tekanan bebanan kewangan makin bertambah apabila saya sendiri disahkan menghidapi penyakit kebocoran saraf mata dikenali sebagai CSCR EYE dan perlu menjalani rawatan bernilai ribuan ringgit. Kos rawatan mata saya pertama kali dibuat di Kuala Lumpur. Mata saya tidak dpat dirawat dihospital awam Kota Bharu dan HUSM. Saya perlu ke HUKM kl, tapi tempoh menunggu hingga 4 bulan. Memang saya benar benar dalam kesempitan & tekanan yang membuat saya memerlukan sokongan serta bantuan yang prihatin."
Menurut Wan Fakhrul ,doktor pakar memberitahu beliau jika kebocoran saraf mata nya tidak dirawat dengan segera, kemudaratan lain pula akan timbu, beliau akan kehilangan deria penglihatan selamanya yakni buta.

Siapalah yang akan mengambil alih menggalas tanggungjawab kelak. Kos belanja bulanan ibu
(Kos ubatan, makanan, lampin dan alatan mandian).
Rumah sewa
Keperluan anak & harian
Kos rawatan mata menurut bil hospital kos nya melebihi 10k
Sumbangan anda yang prihatin sangat memberi makna buat kami .