Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Tabung Bantuan Cik Faridah OKU STrok (TUTUP)
Bismillah.
Saya Faridah binti Ibrahim, 41 tahun, berasal dari Sarawak Malaysia.
Telah menetap di Kajang sejak 17 tahun lalu. Ibu & Ayah saya adalah mualaf, memeluk agama Islam pada 1980 dan sudah meninggal dunia beberapa tahu yang lalu. Pemergian mereka sangat memberi tekanan yang amat besar buat saya kerana saya tidak mempunyai sesiapa lagi didunia ini.
Hidup bersendirian dalam keadaan saya yang serba kekurangan, cacat anggota akibat penyakit penyakit kencing manis sangat menghibakan hati. Luka pembedahan kaki hingga kini masih belum sembuh.
Simptom dari kesan serangan stroke ,masalah penyakit jantung, kencing manis , darah rendah ( lukimia) serta kolestrol tinggi memang benar benar membatas pergerakan dan menguji iman saya.

Sungguh saya sudah berusaha sehabis daya untuk berdikari walau dalam keadaan kurang sempurna, NAMUN tiada sektor yang mahu memberi saya peluang pekerjaan.
Syak wasangka negatif dan pandangan rendah masyarkat sekeliling menambahkan tekanan
Saya tinggal seorang diri dirumah pangsa tingkat laras 3 , keadaan sangat sukar, saya tidak mempunyai kerusi roda untuk kesana kemari, untuk turun membeli ubatan setiap minggu, untuk mencuci luka kaki setelah pembedahan setiap hari, untuk ke hospital juga untuk membeli makanan serta barang keperluan harian.
Ya ALLAH,kos barang keperluan perubatan saya saja berjumlah rm380 tidak termasuk barang mencuci luka pembedahan kaki aku lagi... bantuan Kerajaan yang saya perolehi hanya cukup untuk membayar sewa rumah !
Bagaimanakah pula makan minum saya? Untuk makanan asas, Alhamdulillah masih mampu saya ada, tapi bagaimana makanan lauk pauk yang diperlukan untuk kesihatan saya?
Kadangkala saya teringin untuk menikmati minuman yang berkhasiat.. hanya ALLAH maha mengetahui. YA ALLAH , ujian penyakit padaku kini sungguh amat berat.
Hidup sebatang kara ,kehilangan ibu ayah, ujian sakit dan menjadi miskin, membuat saya dipulaukan. Saudara mara ramai tetapi tiada yang peduli setelah ibu ayah memeluk Islam.
Terjatuh , pengsan sendirian dirumah tiada siapa yang bantu tengokkan. Tiada siapa mahu datang membantu kemas kan rumah, ambilkan makan minum saya, bersih dan buang kan sampah, bantu cuci luka, semua nya TIADA.
Sering saya merasa putus asa untuk meneruskan kehidupan, hanya mampu menangis seorang diri, NAMUN tetap saya berdoa seandainya ada yang masih sudi membantu memberi sokongan menghulurkan bantuan.
Tiada lebih aku pinta di dunia melainkan ihsan kalian. ... seandainya sudi membantu kerana ALLAH, saya pohon doa ALLAH untuk membalas segala jasa kalian dilimpah kurnia rezeki seluas lautan ..
Aameen Ya ALLAH ya RAHMAN ya RAHIM...
Note :
Saya sangat memerluka gauze 10x10 , bandage serta pencuci dan ubat yang disenaraikan... saya juga amat memerlukan bantuan kewangan untuk mebeli bahan dressing selain keperluan diri.
Saya tidak dapat hadir temujanji setiap 2 hari ke klinik disebabkan
- masalah kewangan
- tranport
- saya sama sekali tidak ada daya untuk turun naik dari rumah pangsa yang saya duduki di laras 3.
Saya mempunyai surat dari doktor untuk mohon bantuan , telah saya pergi MALANG nya tidak diluluskan . Sedangkan saya perlu mencuci dan dressing setiap hari.
Doa & harapan ada yg sudi membantu.
Aameeen.

SM PESONA VENTURES