Tabung Bantuan Cik Hanie OKU Mental (Bipolar) & Kemalangan Fizikal (TUTUP)

"Saya menerima sebulan RM400 bantuan dari Pusat Zakat, duit tu saya gunakan tambang ke hospital. Sewa rumah di PJ sebanyak RM800, Tapi buat masa ni saya tak boleh duduk rumah tu seorang diri, Bipolar saya sangat teruk, saya takut kalau saya terus duduk disana, saya akan membuat sesuatu perkara yang bodoh, Sebab saya pernah cuba terjun dari tingkat 17, nasib baik ada org nampak dan tenangkan saya"
Norazura binti Sapiai 37 tahun, atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Cik Hanie, ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 12. Beliau pengidap bilopar disorder, Rujukan rekod hospital beliau telah mendapat rawatan selama enam tahun.
"Saya ke hospital 3 kali sebulan, Saya terpaksa berhutang dengan kereta sapu, Hutang sekarang dah RM700 lebih . Saya dah tak tahu nak buat apa kak/ Hidup macam menyusahkan orang. Saya tak kuat"
Menurut Cik Hanie keadaan beliau semakin teruk apabila beliau terlibat dalam kemalangan pada 31/3/2021, Tarikh ini merupakan mimpi ngeri, bermula nya kehidupan yang gelap yang tidak pernah beliau sangka akan melaluinya.
"Musibah dari kemalangan tersebut, hidup saya umpama merempat sebatang kara, tiada hala tuju, Saya pulang kerumah ibu . Dua bulan dirumah ibu tiada adik beradik yang pulang & datang menziarah. Jika adapun mereka pulang, hanya untuk ambil Ibu pergi ke rumah mereka dan membiarkan saya berseorangan dalam kesakitan,
Saya dipulau tanpa sebab. Saya hanya mampu menangis . Hidup saya sangat penat, Ditolak kesana kemari "
Cik Hanie adalah seorang Usahawan Wanita yang berjaya sebelum berlakunya tragedi kemalangan yang membawa kecacatan fizikal. Beliau juga pernah mengusahakan perniagaan bengkel kereta bersama bekas suami. Namun takdir telah tertulis, beliau diuji kesihatan mental dan kemudiannya cacat fizikal. Paling menyedihkan kehilangan Kasih Sayang dari keluarga sendiri.
Cik Hanie masih mendapatkan rawatan berterusan di Hospital Shah Alam dan akan menjalani pembedahan sekali lagi pada 15 JUn 2022.
Masalah kewangan semakin menekan, beliau meminta simpati kami agar bantu dapatkan Rumah Perlindungan & Jagaan Kebajikan Masyarakat, kerana beliau tidak mampu menguruskan diri sendiri, makanan dan kos perjalanan ke hospital yang tinggi.
Kami telah cuba mendapatkan beberapa Pusat Jagaan namun kesemua nya telah penuh ATAU tidak berjawab.
Disini kami mewakili Cik Hanie, memohon masyarakat prihatin agar sudi memberi sokongan dan bantuan kewangan untuk meringan kan bebanan yang ditangung beliau. Cik Hanie perlu berehat serta mendapat penjagaan rapi setelah pembedahan yang bakal dijalani pertengah Jun 2022 ini InshaaALLAH.
Semoga ALLAH membalas syurga Firdaus buat anda yang dermawan. Aameeen.