Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAQ Beras & Keperluan  Asas
Terlalu ramai yang terpinggir. Terutama warga OKU yakni golongan Orang Kurang Upaya , Warga Emas sebatang kara, juga mereka yang jauh dipendalaman.
Sehingga kini Musibah lockdown PKP Covid 19 masih lagi menekan kehidupan , ramai diantara kita semua bukan sahaja terputus bekalan makanan, tetapi juga keuzuran kesihatan fizikal, emosi juga mental.  Bebanan ini amat ketara bagi golongan OKU warga terpinggir yang mana ramai tidak mendapat bantuan mencukupi untuk menampung kalansungan se-isi keluarga. Menurut mereka , bantuan JKM yang setiap hari mewarwarkan bantuan bekalan asas dapur, bantuan kewangan kepada OKU, bukan semua dapat bantuan tersebut. Hanya segelintir saja yang merasa nikmat pemberian tersebut. 

Bantuan bulanan sebanyak RM350 sangat tidak adil untuk kelangsungan hidup ketika ini.
Selain itu ramai yang merasa kecewa , kerana permohonan bantuan ditolak atas sebab sebab yang tidak munasabah. Malah menurut mereka ada petugas yang tidak memperdulikan  permohonan mereka. 

Disini kami ingin bersama sama mengajak sesiapa yang sudi untuk berkongsi rezeki , bersama membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan bantuan beras, bekalan asas harian juga perubatan untuk keperluan mereka sekeluarga mau pun yang sendirian sebatang kara .  
Bantuan sekampit beras mampu mengenyangkan anak anak mereka yang kurang bernasig baik.

Masyarakat Malaysia yang baik,
Mari bersama membantu mereka, menyantuni mereka , kita berkongsi rezeki pada mereka yang serba kekurangan. Mereka sangat memerlukan sokongan masyarakat prihatin. 


ALLAH SWT berfirman,
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sesungguhnya TUHANku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-NYA, dan DIA juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya; dan DiAlah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’ 34:39).


ALLAH juga menyebut tentang kekesalan manusia sehingga mereka ingin ditangguhkan kematian mereka agar diberi peluang kedua untuk lebih banyak bersedekah seperti ayat berikut :