Bismillahir Rahmanir Rahiim
Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Bismillahir Rahmanir Rahiim

PROJEK IMPIAN OKU - Memperkasa & Membangunkan Pusat Latihan Kecermelangan & Pembangunan OKU.

♥️  Kami SM PESONA VENTURES  adalah Social Entrepreneurship Malaysia berdaftar ( 201903143316 ) sedang melancarkan kempen mengumpul Dana PROJEK PEMBANGUNAN KECERMELANGAN & PUSAT KRETIVITI OKU. 


Quran Surat Al-Baqarah Ayat 245 مَّن ذَا ٱلَّذِى يُقْرِضُ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَٱللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۜطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Arab-Latin: Man żallażī yuqriḍullāha qarḍan ḥasanan fa yuḍā'ifahụ lahū aḍ'āfang kaṡīrah, wallāhu yaqbiḍu wa yabṣuṭu wa ilaihi turja'ụn
Terjemah: Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan ALLAH), maka ALLAH akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan ALLAH menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-NYA-lah kamu dikembalikan.

TIADA TEMPAT UNTUK MENGADU

Terlalu ramai yang terpinggir walau berada ditengah masyarakat serba ada. Hidup dalam kesempitan & tidak mempunyai sesiapa. Terutama mereka golongan Warga Emas , OKU, gelandangan apatah lagi mereka yang jauh dipendalaman.

Ibarat Tiada tempat untuk mengadu, Tiada arah untuk dituju. Hanya pada ALLAH Maha Esa tempat mereka melepas sebak didada. 
Mendekati mereka dengan berkongsi bantuan bekalan asas dapur dan keperluan harian OKU, sememangnya mereka tiada teman untuk berkongsi kesedihan terbuku didada, mereka seakan hilang jawapan untuk setiap persoalan. Tambahan lagi jika mereka diuji sebagai OKU diwaktu usia meningkat tua. Mereka pernah dilahir kan sempurna, mempunyai jawatan dan kedudukan profesional yang tinggi, namun kuasa & Rahsia ALLAH, tiada siapa yang tahu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Bantu kami membantu mereka.



ALLAH SWT berfirman, Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-NYA, dan DIA juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya; dan DiAlah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’ 34:39)



Sumbangan anda memberi sinar buat golongan OKU

♥️  Kami SM PESONA VENTURES  adalah Social Entrepreneurship Malaysia berdaftar ( 201903143316 ) sedang melancarkan kempen mengumpul Dana PROJEK PEMBANGUNAN KECERMELANGAN & PUSAT KRETIVITI OKU bersama kami ialah Tuan Zamzuri Ghani, Pengurus Operasi PERTIS ) Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia)





Ketua Pegawai Eksekutif PERTIS, Dr. Zamzuri Ghani membaca Ringkasan Sahih Al Bukhari yang diterjemah dalam kod braille

Kepentingan adanya Pusat Kretiviti & Latihan Kecemerlangan OKU ini akan membantu memperkukuhkan golongan ini dengan memberi laithan kemahiran sumber, (source skills) konsultasi, bimbingan kerohanian & latihan pelbagai aspek kemahiran agar mereka menjadi lebih kuat, lebih berdikari dan lebih yakin dalam berdaya saing seiring masyarakat normal yang kurang prihatinakan kehadiran & keperluan golongan OKU ini. 

  1. Pusat Pembangunan Latihan Kecermelangan & Kretiviti ini juga akan mampu membantu memberi latihan kemahiran & pekerjaan bukan hanya pada golongan OKU sahaja, tetapi juga kepada Warga Emas, B40, Wanita serta mereka yang memerlukan. Inshaa-ALLAH.
  2. Tujuan Dana ini juga untuk membantu mereka membeli sejumlah Unit Mesin Cetak Braille yang sangat di perlukan kerana penggunaan Mesin Percetakan Braille ini bukan sahaja terbatas kepada mencetak dan menghasilkan buku-buku Braille Quran & agama, tetapi juga untuk mencetak pelbagai buku sekolah ,buku kemahiran & buku tambahan pembelajaran, terutamanya untuk kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan yang sangat penting untuk pertumbuhan mereka. Ini juga akan membantu mereka menjana pendapatan berterusan melalui pencetakan buku buku braile.

Projek ini TERBUKA untuk semua golongan pelbagai bangsa & ugama 1 Malaysia.

Hidup sebagai seorang OKU ini adalah sebuah perjuangan yang tiada nokhtah & tiada kompas haluan.



Fazul Ghani 40 tahun, Cacat Penglihatan atau Buta sejak lahir. Beliau memiliki sijil & diploma Perubatan Alternatif seperti Rawatan Reflexology, Homeopathy, Akupuntur dan Rawatan Tulang Belakang mendapat diploma Akedemik Perubatan ALternatif Malaysia juga negara China.
Beliau sangat teruja untuk bersama membantu membangunkan Projek IMPIAN OKU.
Inshaa ALLAH

....................

ALLAH menyebut tentang kekesalan manusia sehingga mereka ingin ditangguhkan kematian mereka agar diberi peluang kedua untuk lebih banyak bersedekah seperti ayat berikut :












BARAKALLAHU FIKUM.