Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Tabung Bantuan Puan Khadijah pesakit HIV

" Saya ni mungkin orang tak tahu penyakit RVD positive tu sakit apa. Sebab tak ramai yang ada knowledge tentang penyakit ni. Anak saya Austism kesan dari penyakit saya. RVD yakni HIV! Saya perlukan sokongan dan bantuan untuk terus hidup." Menurut Puan Khadijah 42 tahun dari Masai, Johor beliau mula disahkan HIV positive pada tahun 2012. Setelah 2 tahun bercerai dengan bekas suami kedua.

Daripada saya sakit masuk ICU. Doc ckp saya kena jangkitan pada paru paru yang serius . 24jam pakai oksigen tak boleh lepas, hanya mampu terbaring . Ubat ubat yang diberi tidak berkesan pada saya. Doc naik kan dose ubat juga tak berkesan. Darah saya di ambil lagi di uji lagi ,sehingga doktor masuk ubat yg betul betul kuat pun tidak berkesan pada penyakit saya sedang hadapi waktu itu.

Para doktor mula pelik sebab orang normal, jika di bagi ubat yang pertama tu akan kurang. Tapi tidak pada saya. Ujian darah dibuat lagi sekali sehingga satu hari doktor datang ke katil saya interview bertanya latar belakang saya, suami dan kehidupan sosial semua.

Selidik punya selidik, doc minta saya bertenang . "Puan sebnarnya telah d jangkiti HIV dari suami puan brdasarkan apa yg telah sya temuramah puan....Berkemungkinan dari suami puan berdasarkan latar belakang aktiviti social suami" Dengar HIV saya down terus..fikir mati berbungkus macam pesakit covic. Masa tu sebab saya tak ada knowledge tentang HiV. Sebulan di ward, keluar 3 hari, masuk semula wad 2 minggu sebab saya tak boleh nak bernafas. Makan apa saja, muntah. Badan mula susut teruk. Dari 90kg turun ke 47kg.

Keluar masuk hospital berlarutan selama 2 tahun. Perlahan, saya beransur pulih sedikit demi sedikit, apabila saya makan ubat HAat yang line ke 3. Itu lah Jenis ubat yg terakhir untuk HIV. Kalau ubat tu tak sesuai jugak, tunggu mati sahaja lah.

...♦️Secara jujurnya, masa mula-mula disahkan HIV, MATI itu dirasakan sangat dekat dengan saya. Memang rasa takut dan bimbang sentiasa ada. Namun kini, perkataan itu mengajar saya untuk sentiasa bersedia tambahan lagi usia saya pun sudah mencecah 42 tahun. Ya, sudah tua dan semakin senja. Saya selalu berpegang pada kata-kata seorang sahabat baik saya... bahawa sambil duduk pun boleh mati. Tak semestinya kita sakit baru kita mati."

"Namun, berkenaan ujian ke atas saya ini, sekurang-kurangnya ALLAH bagi peringatan melalui penyakit ini agar saya bersedia. Itu satu hikmah buat saya. Selepas disahkan sebagai pesakit HIV, saya ambil pendekatan dengan merapatkan diri dengan ALLAH dan lipat gandakan ibadat. Sebagai manusia tidak sempurna, memang saya tidak terlepas daripada dosa-dosa lampau dan ujian ini saya anggap peluang untuk saya bertaubat. Bila cakap bab mati, saya memang nak mati dalam khusnul khatimah.

Menurut Puan Khadijah lagi, Pada tahun 2013 , atas nasihat pakar  beliau mula dengan mengambil ubat HAART secara teratur. "CD4 saya makin meningkat, kesihatan mula bertambah baik, sehingga lah saya bertemu jodoh dengan suami sekarang . Kami bernikah pada tahun 2015, alhamdulillah pada tahun 2017 saya disah mengandung anak ke 3. Tapi kami sudah tidak tinggal sebumbung lag ..nak pergi makamah tuntut cerai..tapi kena bayar untuk affidavit sahaja rm 580. Saya tak mampu, tu belum kos lain lain lagi."

Mempunyai lima orang anak dari tiga perkahwinan, beliau menyara kelima lima anak seorang diri. Anak yang sulung, perempuan berusia 17 dari perkahwinan pertama. Tidak bersekolah, terpaksa kerja online menjual baju dari rumah untuk meringankan bebanan ibu selain mengumpul duit untuk meneruskan pembelajaran.

Anak kedua dari perkahwinan yang kedua, lelaki berusia 15 tahun, terpaksa berhenti sekolah pada darjah 5 kerana Puan Khadijah tidak mampu menyara persekolahan anak. Selain itu juga anak beliau trauma kerana pernah ditarik telinga oleh cikgu sehinga koyak dan terpaksa di jahit 9 jahitan Sekarag dia banyak membantu saya buat kerja rumah kerana kesihatan saya semakin uzur .


Anak ketiga Rayyan 5 tahun, Fayyadh 4 tahun masih menyusu dan belum bersekolah serta anak bongsu Syamel berusia 2 tahun, masih menyusu serta memakai lampin pakai buang. Ketiga anak kecil ni dari perkahwinan ketiga.
Rayyan 


Si bongsu mengalami kepala besar sebelah, lambat bercakap, tapi seakan faham apa yang orang bercakap bermain dengan nya . menurut Puan Khadijah sudah lama beliau tidak bawa rujuk anak bongsu kepada pakar kanak kanak kerana beliau merasa sangat lelah menguruskan segalanya sendirian, terkejar kejar sana sini.


Yang mana jika semua ada appointment hospital, dalam sebulan lebih kurang 3 ke 4 kali beruang alik ke hospital, termasuk diri beliau sendiri. "Kesihatan saya tak terjaga, saya tak mmpu nak angkut semua anak anak jika ada appointment"

"Ujian saya tidak terhenti setakat di situ sahaja. Plot seterusnya memang terlalu pahit untuk ditelan. Saya dan suami sekali lagi diduga apabila kami dikurniakan seorang anak istimewa autisme.


"Rayyan 5 tahun, disah kan autism selepas diagnosis pada usia 3 tahun. Masih belum pandai bercakap nak susu atau apa. Dia mampu sebut pun bila dia dlm keadaan rasa terancam, akan sebut HELP. Sebelum ni sering mengamok hantuk hantuk kepala ke dinding , tantrum. Tapi sekarang dah boleh behave.

Pada mulanya kami memang tak tahu anak kami, Rayyan mengalami autisme. Kami mula bimbang bila dia lambat bercakap, dia tidak normal seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Semasa Rayyan berusia 8 bulan, adik lelaki saya menegur perwatakan anak saya yang kuat tantrum dan gemar menghantuk kepala ke dinding. Selepas didiagnosis, anak kami disahkan autisme.


Saya berterus terang, tatkala menerima berita itu, kehidupannya gelap-gelita seketika. Sukar saya nak terima hakikat bahawa Rayyan yang comel itu rupa-rupanya anak istimewa.

Saya tertanya-tanya, kenapa saya yang diuji sedemikian rupa? Apa salah saya? Setiap hari saya menangis dan menangis. Memang saya ambil masa yang lama untuk terima ketentuan Ilahi ini.

Sampai satu tahap, saya penat dan tak tahu apa nak buat. Saya pernah cuba bunuh diri, saya pukul suami dengan besi sewaktu suami sedang tidur kerana sudah tidak tertahan dengan kesempitan hidup dan keadaan sekeliling. Saya rebah dipukul suami........ Akhirnya saya reda dan percaya ini ujian ALLAH buat saya dan pasti ada hikmah di sebaliknya, air mata mengalir laju membasahi pipi.

Untuk ibu bapa yang senasib dengan saya, mengurus anak autisme sememangnya mencabar. Bagaimanapun, percayalah, TUHAN menduga adalah kerana untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebenar. Mungkin inilah cara TUHAN memuliakan kita. Bertabahlah, lambat laun pasti ada juga sinar yang akan menunggu. Jika bukan didunia, pastinya diakhirat.

Mana mungkin ALLAH menganiaya orang yang redha. Terimalah seadanya dengan ikhlas. Anak, kasih sayang ibu tidak pernah berubah. Jika itu mulanya, akhirnya juga tetap begitu.

Saya juga memasang impian ingin mempunyai satu peluang perniagaan yang kukuh... mempunyai cawangan serata negeri.demi membesar anak2 selagi hayat dikandung badan, selaimelihat Rayyan anak istimewa Autism saya mampu menjalani kehidupan dengan masyarakat sekeliling.

"Dengan sakit yang saya hidap sekarang ni bila2 masa sahaja saya akan pergi meninggalkan Mereka semua. Andai saya tiada..bagaimana masa depan anak2 saya....." 


Puan Khadijah berniaga kuih muih serta western food untuk menyara kehidupan serta 5 orang anak beliau. 
Buat masyarakat Prihatin , sudi lah kiranya menghulur tangan meringan kan bebanan beloiau serta anak anak yang masih kecil . InshaaALLAH.

Barakallahu Fikum.