Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Tabung Bantuan Berdikari Kamal Saidin

"Buat masa sekarang keperluan untuk stoma masih dapat bantuan zakat perubatan. Tapi kena review setiap tahun. Impian saya jika ada modal nak buat kedai kecil depan jalan rumah.  Jual topup & bil utility. Itu saja pekerjaan saya boleh buat dengan keadaan lumpuh separuh badan ni. Jika Ada rezeki lebih boleh bantu orang lain yang memerlukan. Impian saya harap TUHAN makbulkan.Saya masih muda, perjalanan saya masih jauh"


Mohd Kamal bin Saidin 37 tahun berasal dari Nibong Tebal Pulau Pinang, anak kelima dari enam beradik dan menetap di Australia kerana pekerjaan nya sebagai anak kapal membawa beliau ke perantauan. Ketika sihat, Kamal yang masih belum berkahwin bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu & ayah yang sudah tua serta dua orang kakak yang menjadi balu kematian suami .


Tanggal January 2021, bermulanya perjalanan menjadi seorang OKU yang tiada SIAPA pun mahu melaluinya . Sakit colitis ( radang usus ) jangkitan kuman merebak ke tulang belakang & saraf tunjang  ( cerebral @ spinal cord toxoplasmosis ) beliau yang membawa kepada lumpuh dari pusat hingga ke bawah tubuh badan.


Menurut Kamal, beliau terlantar di hospital selama setahun 2 bulan. Hospital Taiping 2 bulan manakala Hospital Parit Buntar setahun . Doctor perlu pantau setiap hari samada ubat saraf berkesan atau tidak.

"Permulaan colitis ( radang usus ) masih boleh berjalan mcm biasa. Jangkitan kuman usus agak critical saya coma 2 bulan . Lepas sedar, saya masih belum boleh berfikir normal. Dari Leher ke bawah tak boleh bergerak. Bila dah stabil baru saya tahu yang saya lumpuh dari pusat ke bawah. 


Memang Mental down tak boleh terima kenyataan. Sedih dalam hati tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Tuhan saja yang tahu kecewa, sedih, fikiran berkecamuk memikir macam mana nak mulakan hidup yang macam ni. Kemurungan dengan keadaan. Doktor brainwash beri semangat.


Sekarang sudah redho dan terima kenyataan, kuat semangat untuk teruskan hidup. Alhamdulillah saya mula selesa dengan keadaan lumpuh separuh badan ni. Sentiasa fikir positif mencari kekuatan diri mulakan hidup baru . Dengan sokongan keluarga, Alhamdulillah saya boleh harungi hidup yang serba kekurangan"

Terkini beliau ON sigmoid colostomy stoma @ CBD tube urine kekal seumur hidup.

Menurut Kamal lagi, bila turun wheelchair kaki akan bengkak air dan apabila kembali berehat di katil, keesokkan pagi nya akan surut kecut semula.

"Bila naik katil tinggikan kaki, air akan patah balik naik ke pinggang masuk dalam tube urine .Dah tanya pakar kalau bias’s spinal cord , memang kaki akan bengkak air"


Harapan Kamal agar dapat berdikari, berniaga dari kawasan rumah dan kembali menjalani tanggungjawab sebagai anak menjaga kebajikan kedua orang tua nya.

Semoga ramai sudi menghulurkan bantuan dan sokongan buat Kamal. Hanya ALLAH membalas segalanya. Aameeen.