
" Saya tidak meyangka sama sekali akan diuji menjadi OKU. Segala pengorbanan saya tidak dihargai. Anak anak menjadi mangsa pergolakan rumahtangga saya & arwah bapa mereka . Memang airmata, benci & amarah menjadi makanan jiwa ketika itu. Takdir tertulis Sudah Jatuh ditimpa Tangga, saya REBAH sebelum waktu. TAPI saya harus kuat , BANGKIT demi anak anak .."
Anak anak terpaksa menahan kesedihan meninggalkan alam persekolahan mereka secara mengejut kerana saya sudah tidak mampu menanggung segala perbelanjaan setelah diserang stroke secara mengejut
Keluarga memang sudah tidak memperdulikan kami lagi. Masa arwah meninggal TIADA sorang yang datang menziarah jenazah. Bayar bil semua saya urus sendiri tanpa bantuan . Kami langsung tidak dipeduli. Tanya khabar anak anak kami pun tidak. Hanya pihak surau yang uruskan segala nya, Saya juga tidak menyangka arwah akan pergi meninggalkan kami dalam keadaan semuanya sedang berkecamuk.
Yang saya tahu, sesusah susah hidup kami, kami tak pernah mintak beras apalagi duit dari mereka. Masa saya terlantar, saya kena halau dari rumah arwah mak, sebab menyusahkan mereka. Saya bawa diri ke KL. Sakit pun mereka tidak bertanya khabar. Saya terpaksa berpajak gadai untuk teruskan kehidupan.
Saya pesan pada anak anak agar kuat. Jangan meminta minta benda yang tak mampu kita milik. Alhamdulilah mereka kuat. Mereka dengar kata. Mereka sumber semangat dan kekuatan saya.
Dalam grup famili, meriah beraya, TAPI tiada seorang pun tanya khabar kami anak beranak. Telan saja kesedihan. Sebab kami orang susah. Makan ke tidak kami ni anak beranak tak pernah keluarga ambil tahu
Paling saya sedih, sehinggakan jual tanah pusaka pun kami tak dapat bahagian apa apa. Saya selalu pesan pada anak anak, kita kena sentiasa bersatu dan berdikari.
Beginilah kehidupan kami, celik mata fikir cukup ke duit nak bayar sewa rumah bulan ni. Bil letrik lagi, bil air lagi. Rutin mimpi ngeri saya setiap celik mata.
Saya ni stroke separuh badan. Belah kanan. Semua kerja perlu guna tangan kiri. Kadang tu bila nak makan, suap 3-4 kali baru dapat masuk ke mulut. Ramai yang bijak pandai memandang sinis pesakit strok seperti kami. Kata kata "Sakit Strok saja pun, Bukan lumpuh" memang menusuk ke hati. Membuat saya tekad, paksa cuba berjalan secara perlahan dan melepaskan tongkat, tapi akibatnya saya terjatuh dan patah kaki. Terbaring lagi dihospital, membuat anak anak semakin tertekan dengan dugaan demi dugaan.
Saya penerima bantuan JKM & Zakat, alhamdulillah, lepas sebahagian sewa rumah, tapi makanan dan perbelanjaan harian serta ubat ubatan saya, terpaksa kami catu, kerana anak masih di alam persekolahan . Namun kerena desakan hidup, mereka berhenti sekolah dalam terpaksa. Melupakan impian untuk menjejak menara gading seperti rakan rakan yang lain. Pengorbanan anak anak membuat saya harus bangkit dan kuat.
Hutang masih keliling pinggang, disini saya Mazrin Salem mohon ehsan masyarakat prihatin agar sudi meringankan bebanan kami agar kami mampu berdikari seterusnya.
Semoga ALLAH membalas segala kebaikkan.