Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Bantuan Puan Nalini Anak Anak Autism (TUTUP)

Tabung Bantuan Puan Nalini Anak Anak Autism (TUTUP)
"Hidup saya sudah setengah gila, ka. Selalu fikir mahu lakukan sesuatu. Tapi saya kesian sama Siva suami saya, Siva sangat baik, walau dia tak kuat, dia selalu tolong saya buat kerja. Sudah 20 tahun macam ni. Rumah selalu tak bayar. Letrik banyak kali kena potong. JKM bagi RM450 saja. Tak cukup ka. Anak 2 orang Austism. Susu, pampers semua duit"

Puan Nalini isteri Encik Sivanathan seorang Warga OKU Cacat Fizikal kaki & tangan akibat kemalangan jalan raya 20 tahun lalu.
Mereka dikurniakan 6 cahayamata. 2 diantara mereka anak kelainan Upaya yakni OKU Autism.Atas musibah yang menimpa suami, Puan Nalini mengambil alih memikul tanggungjawab ketua keluarga. Anak sulung perempuan berusia 13 tahun banyak membantu mengurus adik adik. Adik bongsu memerlukan perhatian dalam proses tumbesaran, manakala kedua dua adik AUtism sering mencari perhatian.
Keadaan & kesihatan suami yang semakin merosot serta kedua anak autism yang semakin membesar amat memberi pelbagai tekanan hebat buat Puan Nalini. Beliau tidak bekerja. Mencuba nasib berniaga disekitar kawasan flat kediaman mereka. Berniaga nasi lemak bungkus RM 1 sebungkus dari rumah sedikit sebanyak membantu meringankan tanggungan keperluan keluarga. NAMUN bukan setiap hari jualan nasi lemak habis dijual. Bil elektrik sering tertunggak setiap bulan. Sewa rumah sering tidak berbayar . Sudah berulangkali mendapat amaran pihak majlis untuk mengusir keluar.
Menurut Puan Nalini lagi, bantuan JKM RM 450 sebulan tidak mencukupi untuk keluarga seramai 8 orang ini. Bayi memerlukan susu. Anak anak autism memerlukan susu, diapers & perubatan serta susulan rawatan.
Sering beliau merasa kemurungan, putus asa dan ingin mengambil jalan singkat menamatkan penderitaan yang tanggung. Pelbagai fikiran Negatif datang menganggu untuk melakukan sesuatu agar tidak perlu lagi memikirkan masalah dihadapi.

Terkini, May 2022 keputusan pemeriksaan darah suaminya mendapati kemungkinan suami menghidap kanser usus. Menurut Nalini khabar dari doktor ini sangat menakut kan beliau. Bagaimana mahu memikul tanggungjawab seorang diri membersarkan anak anak terutama 2 orang anak istimewa mereka. Benar, BUKAN MUDAH untuk mengawal dan mengurus anak anak istimewa Austism. Apakah lagi jika lebih dari seorang dalam satu masa.
Kami turut rasa hiba membayangkan situasi yang di hadapi.
Puan Nalini sangat berharap ada yang sudi menghulur bantuan meringan bebanan yang ditanggung. Beliau mengharapkan ada jalan keluar bagi membantu keperluan anak anak Autism mereka.