Rumah untuk Berlindung

"Saya perlukan tempat perlindungan untuk saya & anak OKU saya"
"Saya dah dihalau keluar rumah malam tadi kak. Ubat ubat hospital semua saya dah bawak. Tak tahu nak pergi mana ni. Ubat saya makan boleh bertahan 4 jam kalau naik bas pergi mana mana"
Bismillah .
Sebenarnya pihak kami turut berasa sedih untuk buka Tabung bantuan begini. Membaca pesanan ringkas mereka, pos pos mereka di Social media , mohon tempat tinggal sementara sehingga mereka kembali sihat boleh berdikari memang pilu.
Kebanyakkan Mereka yang mohon bantuan perlindungan ini yang telah Putus asa mohon bantuan perlindungan sementara di Pusat Pusat Jagaan atau Rumah Kebajikan JKM .
Swasta persendirian memang perlu dibayar , bukan murah , sekitar RM 2500 ke RM 5000 sebulan.