Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Bangkit Super Mama 2023

Bismillah.

Projek Super Mama Khas Untuk Pembangunan Mangsa Dera - Wanita OKU & Ibu Tunggal

PENDERAAN EMOSI LEBIH BAHAYA DAN MENYAKITKAN ISTERI

Kes penderaan fizikal seperti dipukul, ditumbuk, ditikam, dikelar, disimbah asid dan pelbagai perbuatan kekerasan suami ke atas isteri sering menjadi paparan media massa dan banyak kes dibicarakan di mahkamah. Namun ramai yang tidak sedar bahawa penderaan emosi juga merupakan satu kategori penderaan dan termasuk dalam keganasan rumahtangga. Penderaan kategori ini sukar dikesan kerana tidak berlaku kecederaan fizikal. Namun hakikatnya penderaan emosi lebih menyakitkan dan membahayakan isteri kerana ia meninggalkan kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan.


Penderaan emosi boleh berlaku kepada isteri melalui penganiayaan oleh suaminya secara berterusan sama ada dalam bentuk perbuatan, perkataan, tidak melayan isteri dengan cara yang sewajarnya atau kewujudan orang ketiga di dalam rumah tangga. CURANG secara gelap atau terang sangat menyakit kan pasangan tambahan anak anak sedang membesar dan memerlukan perhatian sewajarnya.


Lebih menyiksakan jika anak anak dilahirkan sebagai anak kurang upaya. Suami tidak mahu menerima kenyataan dan melemparkan segala nista pada isteri dan menghilangkan diri.

Penderaan emosi juga berlaku secara terang dan sedar bila mana terdapat segolongan suami yang suka memalu kan isteri dihadapan teman teman mereka, menggelarkan mereka dengan pelbagai perkataan yang menghiris hati isteri menghina sehinga menghancurkan hati isteri.

Tahukah anda terdapat peruntukan undang-undang berkaitan penderaan emosi isteri?



Namun sering kita melihat di media social, pihak berkuasa tidak mampu mengambil tindakan terhadap masalah kekerasan rumahtangga kerana had batasan selain mangsa juga tidak mahu bekerjasama akibat ketakutan.


Bantu kami membantu mereka bangkit kembali.
Setelah pengorbanan mereka dipersia kan, diperlekehkan dicaci, dihina apatah lagi didepan khalayak ramai , mereka merasakan tiada masa depan yang cerah lagi selain menanti ajal menjemput yang hanya ALLAH TAALA saja MAHA TAHU bila waktu nya. Mungkin 10 - 20 tahun lagi? Tambah gelap apabila mereka yang dulu sempurna normal kini menjadi OKU. 
InsyaaALLAH Kami ingin bersama ceria kan hari hari mereka sebagai Super Mama, wanita istimewa kepada anak anak juga kepada masyarakat & negara. Mereka mampu bangkit kembali bersama dorongan semangat yang kuat. Mereka perlukan kekuatan & bantuan. Usaha & Kesabaran kunci kejayaan

Cadangan yang diperlukan untuk permulaan 20 orang Projek Super Mama WFH ( Work From Home ):

Produk :
1 ) Super Delicous Cookies Mama
2)  Super Mama Trader Next Level

Anggaran Kos
Sewa Rumah Perlindungan & Aktiviti = RM 1200 x 3 bulan = RM 3600
Tablet untuk perniagaan online = RM 500 x 20 =  RM 10,000

Modal Asas Perniagaan WFH mengikut Kelayakan & Kemahiran
Modal Asas Perniagaan A =  RM 250 x 10 = RM 2500
Modal Asas Perniagaan B = RM  500 x 10 = RM 5000

SUPER MAMA WANITA HEBAT : RM5000

Lain lain keperluan Marketing / Pemasaran TV  = RM 5000

Jumlah KOS : RM 31100



BARAKALLAHU FIKUM