Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Bantuan Susu & Lampin anak OKU Asnaf

Tabung Bantuan Susu & Lampin anak OKU Asnaf

Bismillah.

Beberapa hari lalu sekali lagi berita seorang ibu ditangkap kerana mencuri 2 pek milo dan dijatuhkan hukuman 14 bulan. Demi anak anak yang kelaparan. Subhanallah.. ????

Anak anak tidak mengerti apa apa selain menangis kelaparan. Sebahagian mereka dilahir kan kurang upaya, sebahagian mereka dilahirkan dari ibu bapa kurang upaya. Sebahagian pula dilahirkan dari keluarga miskin.

Kebanyakkan mereka memang hidup dalam kesempitan. Kerana kos perubatan, makanan dan minuman tambahan golongan ini sangat tinggi. 
Bantuan JKM & Baitulmal memang tidak mencukupi untuk keperluan anak anak Istimewa ini. 

Bagi ank anak OKU pula, selain susu mereka memerlukan lampin pakai buang yang hanya ibu bapa & ALLAH TAALA sahaja maha mengetahui getirnya menguruskan ujian si anak.  Juga diperlukan baju baju terpakai.


☝???? Puan Aisyah seorang Mualaf, ibu tunggal juga pesakit OKU mental memohon jika ada yang sudi menderma baju baju terpakai untuk anak bongsu kesayangan yang sentiasa menemani.

????????????????????????


Puan Baizur ibu kepada sicomel Hazmy, memohon sokongan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan beliau dan suami yang baru kemalangan jalanraya. Suami beliau seorang Mualaf , diberhenti kerja semasa PKP dan kini bekerja sebagai rider food panda. Malang tak berbau, mendapat kemalangan jalanraya.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇