
“Kehadiran Ahmad Wafiy yang dilahirkan cacat fizikal telah menyebabkan ketidak selesaan pada kedua belah pihak ahli keluarga ibu & ayah nya. Mereka dipulaukan dan tiada siapa yang sudi mengambil tahu tentang kesempitan hidup mereka”.
Ahmad Wafiy 11tahun , anak istimewa menderita masalah tulang lembik atau tulang lembut , sangat pandai mengikut suara Azan yang dilaung ayah nya Encik Adli Isham disurau berhampiran rumah mereka. Seumur membesar 11 tahun ini, Ahmad Wafiy hanya mampu terlantar di pembaringan sambil sekali terpancar riang diwajah apabila di agah ibu & ayah.
Menurut ibu Ahmad Wafiy , Puan Norliyana binti Abdullah 35 tahun dari Seremban N.Sembilan ini anak mereka menghidap sakit saraf dan tulang lembut sejak berusia 4 bulan .Segala perhatian harus di tumpukan kepada tumbesaran & keperluan anak yang tidak mengerti apa apa.
Manakala suami beliau hanya kerja sebagai pembantu kedai makan disamping kerja separa masa sebagai pengawal keselamatan.
Kesempitan hidup memaksa mereka berpindah randah , hanya mampu menyewa bilik untuk meneruskan kehidupan mereka anak beranak.

Keluarga memang tidak memperdulikan keadaan mereka lagi. Tambahan musibah Covid19 yang berpanjangan membuat Encik Adli kehilangan kerja & punca pendapatan tetap.
Paling mendukacita apabila dalam keadaan isteri yang sedang sarat mengandung anak kedua mereka, tuan rumah yang baru mereka sewa 2 bulan lalu meminta mereka memulanglan semula rumah tersebut atas alasan tidak pasti. Untuk mencari rumah baru memerlukan lagi deposit yang mana mereka memang tidak mampu .
Keperluan susu Ahmad Wafiy disamping lampin pakai buang saja sudah memakan belanja yang besar,

Encik Adli dengan rendah hati memohon sokongan dan bantuan masyarakat prihatin agar sudi membantu meringan kan bebanan yang dipikul.
Ahmad Wafiy memerlukan kerusi roda khas Pediatrik kanak kanak.
- Susu Padeasure 1.6 kg vanilla
- Diapers Drypers saiz XL
- Kos rawatan susulan serta makanan tambahan.
Sumbangan anda amat bermakna buat kami