Bismillahir Rahmanir Rahiim
Akaun projekimpianoku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Kecemasan Adik Nur Zara

Tabung Kecemasan Adik Nur Zara

 Bismillah ♥️ Segala pujian hanya untuk ALLAH. 
Kami adalah Social Entrepreneur Malaysia yang sedang melancarkan kempen mengumpul Dana PROJEK IMPIAN OKU. Beneficiari kami yang paling istimewa, Adik NUrzara Farisyah yang kini berusia 5 tahun, anak pelbagai kecacatan sejak lahir. 
Zara dilahirkan Buta, Pekak, Bisu, Tidak boleh berjalan & hanya mampu minum susu khas sahaja untuk tumbesaran .Adik Nurzara Farisyah ini 1 dalam 1000, umpama sebuah kisah negara barat, The True Story of Helen Keller seorang wanita yang dilahirkan pelbagai kecacatan OKU namun kecacatan tidak menghalang beliau untuk berjaya hingga ke peringkat paling tinggi.


Nurzara Farisyah anak kedua dari 3 beradik, kakak sulung nya bernama Nurzara Batrisyah 7 tahun, sangat menyayangi Farisyah. Sentiasa bersabar dan berlembut dengan kerenah adik yang sentiasa ingin perhatian. Zara Farisyah membesar hanya mampu meminum susu khas kerana masalah penghadaman yang dihadapi. Jika ibu nya cuba menyuapkan sesuatu selain susu, pasti akan terjadi muntah teruk sehingga muntah hijau yang mengakibatkan tangisan berpanjangan serta lembik kelesuan.
Menurut Farah Hanim ibu kepada Zara Farisyah, kesihatan beliau juga semakin merosot dan agak terganggu dengan pelbagai ujian kehidupan dan masalah kewangan sejak terjadinya musibah PKP, tambahan pula kesihatan suami yang menghadapi asma sejak kecil semakin kerap memerlukan bantuan pernafasan membuat Farah Hanim sering menitis airmata sendirian.
Selain itu suami beliau juga tidak boleh berdiri terlalu lama untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu telah mengakibatkan keretakan tulang dan besi dimasukkan mengganti tulang yang sudah rapuh.  Bagi mereka yang mempunyai tanaman besi didalam daging kulit, pasti tahu betapa azab nya kesakitan yang ditanggung, selain gatal gatal menyerang kulit tidak menentu.
Menurut Farah Hanim lagi, untuk meringankan masalah bebanan kewangan keluarga, beliau pergi ketempat buangan sampah, mencari barangan terbuang yang masih bernilai kotak kotak, botol botol serta tin tin kosong. Kadang kala pulang dengan hampa. Kadangkala boleh peroleh sekitar RM40 -RM50 sudah cukup mengembirakan untuk bekalan susu serta makanan mereka anak beranak. Memang  sering Farah Hanim dan suami merasa sedih tambahan kedua orang tua mereka sudah lama tiada untuk menumpang kasih, namun kehidupan perlu diteruskan. Beliau bimbang akan perjalanan anak istimewa nya yang akan membesar jika beliau dan suami tiada lagi.

InshaaALLAH dengan kasih sayang masyarkat Malaysia yang Prihatin, pasti segalanya akan baik baik saja dibawah lindungan Yang Maha ESA.

Setiap pembelian produk & Sumbangan anda sangat memberi makna kepada projek Pembangunan Impian OKU ini.

❤️ Sumbangan boleh melalui ke :
SM PESONA VENTURES 
Maybank : 564 838 412 770
Registered Social Enterprise Malaysia ( 201903143316)